Az-Zahrawi U.S.I.M.

Membina peribadi ulung dengan menjadi seorang yang merasa dirinya MAMPU dan masyarakat juga melihat sebagai MAMPU. Diadun bersama dengan MANNERS maka nantikanlah sang dunia kami sedang dibina.. Laa Quwwata illa Billah...
Ask me anything

Noticing that being well-prepared itself is a satisfaction, the successnor failures that follows only enriching the satisfaction.

It’s time to show off what we ve got to the world.

Dental Screening: apekah?


Assalamualaikum.

Biar saya memulakan perjalanan sebagai dental student dengan acara paling basic bagi setiap individu yang terjebak dalam profesion ini. Apekah maksud Dental Screening? atau dalam bahasa ibunda nya; pemeriksaan pergigian?

Dalam artikel ini, kita akan mempelajari istilah-istilah ini:
-Dental screening
-Dental examination set
-Charting
-treatment plan

Umumnya masyarakat ada yang memahami istilah ini namun ada sebahagian masyarakat mungkin pernah mendengar istilah ini dan ade juga segelintir yang merasa terlalu asing dengan patah-patah ini sehingga menimbulkan persangkaan dan perasaan yang takut dan gementar dengan perkara yang tidak biasa dengan kehidupan dan pengetahuaannya.

Sebelum itu, saya mahu perkenalkan tiga alatan yang sangat essential bagi setiap doktor gigi / dentist iaitu Dental basic examination set: set asas dalam pemeriksaan pergigian atau lebih dikenali dengan E-set.

Dari atas: 1. mirror : cermin
2. Probe : alat untuk memeriksa secara menyeluruh
3. Tweezer : penyepit kecil untuk benda-benda halus

Rutinnya dentist akan melakukan pemeriksaan secara keseluruhan dalam mulut meliputi lidah, gusi, lelangit, lantai mulut dan kawasan sebelah pipi. Kemudian barulah dentist akan memeriksa gigi.

Dalam memeriksa gigi, istilah yang paling dekat dengan dentist ialah Charting. Ini ialah prosedur di mana dentist akan mencatit gigi mana yang elok, yang hilang, atau yang sudah berlubang..dan di permukaan yang mana gigi itu berlubang..

contoh: charting

Dan dari pada charting ini: dentist akan merangkumkan treatment plan / pelan perawatan khusus untuk setiap pesakit.

pelan perawatan ini akan memberikan setiap pesakit mengetahui rawatan apakah yang diperlukan sebagai contoh:
pesakit akan mengetahui berapa batang giginya harus ditampal, gigi mana yang memerlukan rawatan akar dan gigi mana yang tidak boleh diselamatkan lalu harus dicabut..

Namun, pesakit harus juga maklum, kadangkala beberapa siasatan lanjutan atau investigation diperlukan bagi mengesahkan diagnosis yang telah dibuat. ini penting agar pelan perawatan tidak melakukan rawatan dengan semberono sahaja. contoh siasatan lanjutan adalah:
- X-ray gigi
- study model: model gigi pesakit
- sensibility test: uji respon gigi
- dsb

Maka selesailah pemeriksaan gigi kali ini! pastikan anda mendapatkan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setahun ye!

p/s: masih bimbang melakukan pemeriksaan gigi?

Kalau lecturer ku sudah berjaya, mengapa aku tidak mampu?

Aku yakin aku juga punya kemampuan untuk cemerlang dan berjaya!

Teruskan percaya

….the balance between aqli and naqli…

"We dont grow to be proud
To tell the world that we are great!
It is not we…
It is Allah who’s the greatest.”
-DWMNWO

Man is the vicegerent (khalifah).
It is not a one man dream. Live up the dreams to be ours.
We are fighting. And we are on our way. InshaAllah.

Dental research presentation

Alhamdulillah…serasa terlepas dari kesemua bebanan perasaan..

Bersyukur segalanya telah selesai…

Presentasi reasearch ku yang bertajuk…

Missed appointment in relation to gender universiti sains islam malaysia dental clinic - a retrospective study.

Under supervision Ms nurul izza…

Walaupun x menang this competition..sekurang-kurangnya kami kalah bermaruah..

Tips pada junior yang akan buat research presentation peringkat undergrad ti buatlah research yang based on experiment..
Sgtt best and exciting! Pluang nk menang pun tinggi..

The top 3 group menang cause they had done really well dalam research.
Cume the third group buat prospective study yang involve participation dari gov and private schools..

But all in all, depends on korang nyer supervisor jgak.

Good luck!

(Source: zeroshift)

I may not like it,
But i am responsible for i am
And where i am today.
My present circumstances are a direct result
Of my past choices.
My future will be the result of my current thoughts
And actions.
I am responsible, and so are you.

Argue for your limitations, and sure enough, they are yours.

Richard bach

Gear up studs!!

Belajar kerana Allah.

Rawat pesakit kerana Allah.

Bukan kerana nak penuhkan requirement.

Nescaya Allah akan mempermudahkan jalan kita untuk berjaya.

Ikhlaskan niat nak belajar kerana Allah.

Institusi kita berlainan, mungkin belum termasuk diantara institusi yang terbaik.

Tapi institusi ini yang pertama yang mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli.

Kami sebagai tenaga pengajar sedar yang kami perlu menjadi teladan dahulu.

Tapi background kami berlainan. Yang akan menjadikan impian untuk mengintegrasikan ilmu aqli dan naqli menjadi kenyataan adalah kamu.

Instistusi ini bukan melahirkan professional dalam bidang pergigian sahaja.

Tapi institusi ini bertujuan melahirkan pemimpin.

To train leaders.

To train muslim leaders.

To train you.

Pada masa akan datang kamulah yang akan kembali ke usim ini dan menabur bakti. Kamu. Hanya kamu.

- inspirasi Dr Norlela dan rakan sepasukannya Dr Wan -

Menanges. Ya Allah..

Segalanya belum terlambat..pimpinlah kami…dan berkatilah usaha guru2 kami…limpahkan mereka keberkatan dalam hidup mereka..

Kami terleka…

Terima kasih dr..terima kasih ya Allah kerana menghadirkan insan2 ini dalam hidup kami..

More Information